Program Rasa-Rasa Inovasi Produk Akuakultur yang berlangsung pada 24 Julai 2025 telah melabuhkan tirainya dengan penuh warna-warni dan sambutan hangat daripada pengunjung!
Antara pengisian menarik sepanjang program termasuklah:
- Pertandingan Memasak Ikan Tilapia yang menyaksikan kreativiti peserta dalam mengolah masakan berasaskan ikan air tawar.
- Uji Rasa Produk Akuakultur – pelbagai produk berasaskan ikan air tawar.
- Pameran TVET Pertanian & Taklimat Akuakultur yang membuka minda tentang peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang pertanian, perikanan dan penternakan.
- Gerai Jualan Usahawan Tempatan & ADABI – produk pertanian dan perikanan tempatan.
Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini. Diharapkan usaha seperti ini dapat terus memupuk minat masyarakat terhadap sektor perikanan dan mengangkat potensi industri akuakultur negara.