Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga Akademi Perikanan Malaysia (APM) di atas kejayaan memperoleh pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi skop Pengurusan Kursus Jangka Pendek daripada SIRIM QAS.
Pencapaian ini mencerminkan komitmen APM dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang berkesan, konsisten dan sentiasa menambah baik perkhidmatan kepada semua pelanggan dan pihak berkepentingan.
Syabas & tahniah warga APM! Teruskan kecemerlangan demi melahirkan modal insan unggul dalam sektor perikanan negara.