loader image

Portal Rasmi

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

Jabatan Perikanan Malaysia

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah itu Akademi Perikanan Malaysia (APM)?

APM ialah sebuah institusi latihan Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menyediakan latihan kemahiran dan teknikal dalam bidang perikanan tangkapan dan industri berkaitan.

APM juga merupakan

  • Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
  • Pusat Bertauliah (PB) di bawah Bahagian Pembangunan Kapasiti Dan Latihan Pertanian (BPKLP), KPKM yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
  • Institut Latihan Awam (ILA) yang diiktiraf oleh Jabatan Perikhidmatan Awam
Apakah objektif pendidikan APM?

APM ditubuhkan dengan visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pembangunan modal insan perikanan yang terunggul. Objektif utamanya termasuk:

  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang kompeten dalam sub-sektor perikanan tangkapan, akuakultur, dan industri asas tani.
  • Menyediakan latihan berasaskan teknikal dan vokasional (TVET) yang menepati kehendak industri semasa.
  • Membentuk sahsiah dan disiplin pelatih yang tinggi serta berdaya saing.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat nelayan melalui pemindahan teknologi dan ilmu.
Bilakah APM ditubuhkan?

Akademi Perikanan Malaysia (APM) adalah institusi latihan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia. Sejarahnya bermula dengan penubuhan Sekolah Perikanan Laut di Gelugur, Pulau Pinang pada tahun 1952, sebelum berpindah dan dinaik taraf menjadi Akademi Perikanan Malaysia (Chendering) yang beroperasi sepenuhnya untuk melatih tenaga kerja mahir dalam sektor perikanan negara.

Di manakah lokasi APM?

APM terletak di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu, iaitu di kawasan strategik berhampiran Laut China Selatan yang sesuai untuk latihan marin dan perikanan.

Apakah peranan utama APM?

APM berperanan melahirkan tenaga kerja mahir, berpengetahuan dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri perikanan negara.

Apakah program yang ditawarkan di APM?

APM menawarkan program seperti:

  • Kursus upskilling dalam bidang perikanan tangkapan, nautika, kejenteraan marin dan pemprosesan hasil perikanan.
  • Latihan Jangka Panjang
    • Sijil Perikanan
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Adakah program APM diiktiraf?

Ya. Kursus upskilling yang dijalankan di APM diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia manakala Program Sijil Perikanan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan program SKM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Apakah yang dimaksudkan dengan kursus upskilling di APM?

Kursus upskilling ialah kursus jangka pendek yang bertujuan meningkatkan kemahiran, kecekapan dan pengetahuan tenaga kerja dalam sektor perikanan dan marin.

Siapakah yang layak menyertai kursus ini?

Kursus ini ditawarkan kepada:

  • Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia
  • Nelayan dan komuniti perikanan
  • Usahawan dan pengusaha industri perikanan
Apakah kursus yang ditawarkan di APM?

APM menawarkan pelbagai kursus di peringkat Sijil dan Kursus Jangka Pendek. Antara program utama termasuk:

  • Kursus Pengenalan Peralatan Penangkapan Ikan

  • Kursus Peralatan Penangkapan Ikan Tradisional

  • Kursus Peralatan Menangkap Ikan Komersial

  • Kursus Teknologi Pelayaran dan Keselamatan di Laut

  • Kursus Teknologi Pemprosesan Produk Perikanan

  • Kursus Asas Penyelenggaraan Enjin Sangkut

  • Kursus Asas Penyelenggaraan Enjin Marin

* Pelaksanaan kursus upskilling adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

Berapa lama tempoh kursus upskilling?

Tempoh kursus adalah fleksibel, biasanya antara 1 hari hingga seminggu bergantung kepada modul.

Adakah peserta akan menerima sijil?

Ya. Peserta akan menerima sijil penyertaan selepas tamat kursus.

Adakah kursus ini berbayar?

Tidak. Kursus ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Bagaimana cara untuk mendapatkan maklumat mengenai kursus upskilling?

Hebahan berkenaan kursus yang ditawarkan boleh didapati di laman sesawang rasmi APM https://apm.dof.gov.my/ serta melalui media sosial APM di alamat https://www.facebook.com/apmchendering/ (facebook), https://www.tiktok.com/@apmchendering (tiktok)aja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Bagaimana cara memohon kursus upskilling?

Permohonan boleh dibuat melalui portal https://www.dtims.intan.my/

Berapa lama tempoh pengajian bagi latihan jangka panjang?

Tempoh pengajian bagi Sijil Perikanan dan SKM adalah selama 2 tahun termasuk latihan industri.

Siapakah yang layak memohon latihan jangka panjang?

Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat umur, kelayakan akademik dan kesihatan yang ditetapkan boleh memohon.

Bagaimana cara memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui saluran rasmi UP TVET (https://mohon.tvet.gov.my/) atau melalui pautan yang dihebahkan melalui laman web https://apm.dof.gov.my/ serta melalui media sosial APM di alamat https://www.facebook.com/apmchendering/ (facebook), https://www.tiktok.com/@apmchendering (tiktok).

Apakah yang dimaksudkan dengan tagline ‘Jom Belajar Percuma’?

Tagline ini digunakan untuk latihan jangka panjang di semua Pusat Bertauliah (PB) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pelajar di semua PB ini akan dikecualikan daripada sebarang yuran pengajian, elaun sara diri bulanan, diberi kemudahan asrama dan kemudahan makan minum secara percuma sepanjang tempoh berada di PB.

Apakah kemudahan yang terdapat di APM?

APM mempunyai infrastruktur latihan yang lengkap seperti dewan kuliah, bilik kuliah, asrama penginapan, dewan makan, pusat sumber, surau, dan kemudahan sukan. Bagi tujuan latihan teknikal, APM dilengkapi dengan kapal latihan, bengkel kejenteraan, bengkel pemprosesan produk perikanan, bengkel peralatan, bilik carta, menara komunikasi serta kolam renang.

Bagaimanakah makluman pengambilan pelajar dilaksanakan?

Pemakluman pengambilan pelatih/pelajar baharu Program Sijil Perikanan dan Sijil Kemahiran Malaysia akan diiklankan melalui media sosial dan media cetak seperti di laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia  (https://www.dof.gov.my) ; laman sesawang APM
(https://apm.dof.gov.my) ; FB rasmi (https://www.facebook.com/apmchendering) ; Iklan pengambilan akan dikeluarkan secara berkala.

Bagaimanakah untuk golongan sasar mengetahui mengenai Program Kursus Pemantapan Kemahiran ( Upskilling) yang dilaksanakan di APM?

Senarai kursus teknikal yang diluluskan kepada APM untuk golongan sasar akan dipaparkan atau dimuatnaik dalam media sosial APM (facebook, tiktok) untuk hebahan. Senarai kursus juga dipaparkan di portal (https://www.dtims.intan.my/) dan permohonan kursus boleh terus dibuat melalui portal tersebut. Golongan sasar juga boleh menghubungi pihak APM dari semasa ke semasa untuk mengetahui kursus-kursus yang dianjurkan oleh APM.

Adakah pelajar akan menjalani latihan industri?

Ya. Semua pelajar akan menjalani latihan industri sebagai sebahagian daripada keperluan program.

Adakah APM menawarkan pengajian pascasiswazah?

Tidak.

Apakah peluang kerjaya selepas tamat pengajian?

Graduan APM boleh menceburi pelbagai bidang seperti:

  • Penjawat awam
  • Pengusaha sektor akuakultur
  • Sektor perikanan tangkapan
  • Sektor maritim dan perkapalan
  • Usahawan industri perikanan
Apakah bahasa utama yang digunakan di APM?

Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama dalam sesi pembelajaran dan latihan amali, namun istilah teknikal Bahasa Inggeris (terutamanya dalam bidang nautika dan kejuruteraan) turut digunakan secara meluas mengikut piawaian antarabangsa.

Siapakah yang perlu saya hubungi untuk maklumat lanjut?

Akademi Perikanan Malaysia, Taman Perikanan Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia
Tel : +609-617 2361
Emel : apm@dof.gov.my

Jumlah Pelawat mengikut Halaman:
Dikemaskini pada :
10 Mac 2026
Akademi Perikanan Malaysia
Jumlah Pelawat
24,780
Pelawat
Paparan terbaik: 1920 x 1080
Hakcipta Terpelihara © 2026 Institut Sumber Marin Asia Tenggara (ISMAT)