
Program Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Perikanan Tangkapan TAHAP 3
Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Perikanan Tangkapan Tahap 3 merupakan latihan kemahiran yang ditawarkan di Akademi Perikanan Malaysia (APM) sebagai sebuah Pusat Bertauliah (PB) di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang perikanan tangkapan. Program ini dilaksanakan dengan pendekatan bersepadu yang merangkumi 30% pengetahuan teori dan 70% kemahiran praktikal, bagi memastikan pelajar bukan sahaja memahami asas ilmu tetapi juga mahir melaksanakan tugasan di lapangan. Pelajar akan mempelajari kursus teras berkaitan operasi perikanan tangkapan seperti penggunaan pukat, bubu, rawai, penyelenggaraan enjin marin, pelayaran vesel serta kemahiran penyelenggaraan vesel. Selain itu, terdapat juga kursus wajib seperti keusahawanan, sains pertanian, komputer pertanian, serta kursus Co-Abilities. Latihan industri turut diwajibkan bagi memberi pendedahan pengalaman sebenar di lapangan.
PLO 1:
Menguasai ilmu dalam perikanan tangkapan.
PLO 2:
Mengaplikasi kemahiran teknikal dalam perikanan tangkapan.
PLO 3:
Mengintegrasi ilmu dan kemahiran bagi mengatur, merancang, menggunakan peralatan teknologi serta bahan bagi melakukan pelbagai kerja rutin dan bukan rutin.
PLO 4:
Kebolehan berkomunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja.
PLO 5:
Mengaplikasi asas teknologi digital bagi memproses dan menganalisa data.
PLO 6:
Kebolehan untuk menyelia kerja dan bertanggungjawab ke atas kualiti sesuatu kerja.
PLO 7 :
Kebolehan untuk memajukan diri dan menjadi usahawan.
PLO 8:
Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja dan sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dan masyarakat.
Tempoh latihan bagi program ini adalah selama 2 tahun (80 minggu) dengan jumlah keseluruhan 60 jam kredit.
Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
09 - 6172361
09 - 6172141