
Cawangan Khidmat Pengurusan (KP) mempunyai 17 kakitangan yang terdiri daripada 2 Unit di bawahnya iaitu Unit Pengurusan Kewangan & Perolehan dan Unit Pentadbiran. Di bawah Unit Pentadbiran terdapat 3 Seksyen dibawahnya,iaitu Seksyen Pengurusan Personel, Seksyen Pengurusan Rekod dan Fasiliti serta Seksyen Pengurusan Kenderaan. Cawangan KP menjalankan fungsi utama iaitu menyelaraskan urusan personel (perjawatan, kenaikan pangkat, tanggung kerja, pemangkuan, pengesahan jawatan, buku perkhidmatan), menyelia rekod penerimaan surat rasmi, fail APM dan urusan berkaitan perhubungan (telefon dan faksimili) dan mengurus, menyedia dan memantau anggaran belanjawan mengurus dan Pembangunan.
Antara fungsi tambahan Cawangan KP ialah menyelia pengurusan HRMIS 2.0 (Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia), menyelia urusan berkaitan stor ,perolehan dan asset, menyelia urusan kenderaan dan asrama (logistik dan domestik),menyelia keceriaan dan kebersihan fasiliti dan persekitaran APM, menyelia urusan kontrak kawalan keselamatan, dewan makan dan lain-lain, menyelia proses pembayaran dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan, menyelia urusan pembayaran gaji dan elaun kakitangan, elaun pelatih dan tuntutan penceramah luar APM dan menyelia akaun yang diperuntukkan di APM (MyAgrosis, deposit, hasil dan lain-lain).
Kluster Hal Ehwal Pelajar Dan Pusat Sumber (HEPPS) dianggotai oleh lima (5) orang kakitangan yang terdiri daripada satu (1) unit di bawahnya iaitu Unit Kokurikulum dan Kebajikan Pelajar. Fungsi utama kluster HEPPS adalah merancang dan menyelaras segala pengurusan dan aktiviti yang berkaitan dengan pelajar APM.
Aspek pengurusan pelajar yang terlibat seperti kebajikan, pengambilan dan konvokesyen pelajar, aktiviti kokurikulum dan kursus tambah nilai, panduan kerjaya, sahsiah pelajar, serta pelarasan rekod maklumat daya jejak kebolehpasaran bagi lepasan graduan APM dan alumni.
Selain itu, kluster ini juga bertanggungjawab dalam pengurusan operasi Pusat Sumber APM seperti rekod kemasukan bahan bacaan dan rujukan kepada pelajar dan tenaga pengajar APM.
Kluster Latihan Kemahiran dan Sijil Perikanan (LKSP) merupakan salah satu komponen penting di Akademi Perikanan Malaysia. LKSP berperanan sebagai penyelaras utama bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua program teras akademi ini, iaitu Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Program Sijil Perikanan.
LKSP turut bertanggungjawab memastikan kualiti pengurusan pendidikan serta keberkesanan program yang ditawarkan seiring dengan kehendak industri. LKSP turut bertanggungjawab mengekalkan akreditasi pensijilan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Melalui pendekatan berstruktur dan berfokus, LKSP komited melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing dalam sektor perikanan.
UNIT SIJIL PERIKANAN
Bertanggungjawab memastikan perjalanan Program Sijil Perikanan seiring dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh MQA.
Selain itu, penambahbaikan program sentiasa dilakukan dari masa ke semasa bagi memastikan penyampaian yang sentiasa berkesan.
UNIT SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
Bertanggungjawab memastikan perjalanan PdP SKM : Operasi Perikanan Tangkapan seiring dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh JPK.
Semakan NOSS dan WIM serta penambahbaikan berterusan dalam kaedah pengajaran dan penilaian dititikberatkan bagi menjamin kualiti program.
Cawangan Pembangunan dan Penyelenggaraan (P&P) mempunyai 7 kakitangan yang terdiri daripada 3 Unit di bawahnya iaitu Unit Pembangunan, Unit Penyelenggaraan dan Unit Multimedia. Cawangan P&P merancang pelaksanaan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur, kemudahan akademi serta prasarana teknologi maklumat bagi memastikan infrastruktur dan prasarana akademi berada dan tersedia dengan kondusif untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Kluster Pengajian Maritim dan Teknikal Pelayaran (PMTP) adalah merupakan salah satu kluster di Akademi Perikanan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam menyediakan latihan kepada kakitangan, pelatih dan juga kumpulan sasar. Kluster ini terbahagi kepada dua unit iaitu Unit Teknikal Pelayaran dan Keselamatan Nelayan serta Unit Kapal Latihan. Kluster PMTP memainkan peranan penting dalam pembangunan modal insan yang kompeten melalui pelbagai program latihan dan kursus upskilling dalam bidang pelayaran dan keselamatan di laut. Kursus-kursus ini dirancang untuk memastikan pelatih menerima pembelajaran yang relevan dengan perkembangan industri, sekaligus melahirkan individu yang mahir dalam aspek operasi pelayaran, pengendalian vesel, keselamatan di laut, dan penggunaan teknologi terkini dalam sektor maritim. Program-program ini dilaksanakan dengan pendekatan teori dan praktikal bagi memastikan pelatih dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh secara langsung dalam situasi sebenar.
Selain itu, kluster ini juga bertanggungjawab merancang dan menyelia perjalanan operasi sebuah kapal latihan KL Cermin yang dilengkapi dengan peralatan penangkapan ikan (fishing gears) yang terkini untuk operasi pukat jerut termasuk peralatan eletronik pelayaran dan juga pengesanan ikan. Kapal latihan ini digunakan untuk tujuan latihan amali pelayaran dan operasi penangkapan ikan kepada kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia, pelatih dan juga kumpulan sasar. Dalam usaha memperkasa ilmu dan teknologi berkaitan pelayaran dan keselamatan di laut, program pemindahan teknologi seperti demonstrasi dan latihan in-situ dilaksanakan dengan kerjasama jabatan atau agensi lain, yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan kakitangan, pelatih dan kumpulan sasar.
Kluster Pembangunan Profesional dan Pembelajaran Berterusan (KPPPB) diberi tanggungjawab untuk:
Semua program dan aktiviti yang telah dilaksanakan serta diselaraskan bersama Kluster atau Cawangan lain di APM disediakan dalam laporan ringkas ini untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada seluruh warga APM.
Kluster Pengajian Teknikal Perikanan (PTP) mempunyai 11 orang kakitangan yang terdiri daripada dua (2) unit di bawahnya iaitu Unit Peralatan & Kejenteraan Perikanan dan Unit Pemprosesan & Keselamatan Makanan. Kluster PTP menjalankan fungsi dan peranan utama iaitu perancangan, pengurusan dan pelaksanaan kursus upskilling kakitangan dan golongan sasar Jabatan Perikanan Malaysia. Selain itu, keseluruhan kakitangan kluster PTP merupakan tenaga pengajar bagi kursus upskilling manakala sebahagiannya adalah tenaga pengajar bagi program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan juga Sijil Perikanan (SP).
Selain menganjurkan kursus upskilling yang dirancang dan diluluskan oleh Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya, Kluster PTP juga menerima permintaan kursus teknikal daripada jabatan dan agensi luar seperti Pejabat Perikanan Negeri (PPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), IADA Ketara, Kolej Komuniti, Kolej Pertanian Malaysia dan sebagainya. Berikut merupakan senarai aktiviti yang telah dijalankan oleh Kluster PTP pada tahun 2024.
Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman
09 - 6172361
09 - 6172141