Penubuhan Sekolah Perikanan Laut Seberang Takir (Kuala Terengganu)
Ini telah seterusnya diikuti pula dengan penubuhan sebuah lagi Sekolah Perikanan Laut, di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada tahun 1963 khusus bagi menampung keperluan latihan para nelayan daripada negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung. Menyedari keperluan semasa serta memandang kepada kemajuan pesat di dalam Industri Perikanan, sebagai satu usaha positif ke arah memajukan lagi industri perikanan negara maka sebuah institut yang dikenali sebagai Institut Latihan Perikanan Malaysia (ILPM) telah seterusnya ditubuhkan dengan bantuan dan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui Badan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).