Akademi Perikanan Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan fasiliti untuk kegunaan pembelajaran seperti makmal, asrama, bengkel latihan, dan pusat sumber.
Sekiranya anda berminat untuk menempah fasiliti, sila klik butang dibawah
Bilik kuliah dilengkapi dengan kemudahan pembelajaran moden seperti projektor LCD, papan putih, dan Komputer. Setiap bilik direka bagi memberikan suasana pembelajaran yang selesa dan kondusif untuk pelajar.
Kapasiti: 30-40 orang
Kegunaan: Kelas teori dan bengkel latihan akademik
Deskripsi:
Dewan Utama 2 digunakan untuk program rasmi, seminar, serta sesi taklimat pelajar. Dilengkapi dengan pentas, sistem audio, dan penghawa dingin sepenuhnya.
Kapasiti: 200 orang
Kegunaan: Taklimat pelajar, majlis perasmian, dan seminar dalaman.
Deskripsi:
Menjadi tempat perbincangan rasmi bagi tenaga pengajar dan pentadbiran. Dilengkapi kemudahan seperti skrin paparan dan sistem konferens video.
Kapasiti: 15-20 orang
Kegunaan: Mesyuarat staff, perbincangan projek, atau perancangan akademik.
Deskripsi:
Dewan serbaguna untuk pelbagai acara besar seperti majlis konvokesyen, sambutan rasmi dan aktivit pelajar. Menawarkan ruang yang luas dengan kemudahan pentas dan sistem pencahayaan.
Kapasiti: 500 orang
Kegunaan: Konvokesyen, pertandingan, dan majlis rasmi
Deskripsi:
Disediakan bagi kemudahan warga akademi menunaikan solat. Surau lelaki dan perempuan disediakan secara berasingan serta lengkap dengan tempat wuduk.
Kapasiti: 20-30 jemaah
Kegunaan: Solat harian, kuliah agama, dan tazkirah ringkas.
Deskripsi:
Akademi menyediakan pelbagai kemudahan sukan untuk meningkatkan gaya hidup sihat pelajar. Antaranya gelanggang futsal dan badminton.
Kegunaan: Aktiviti kokurikulum, latihan jasmani dan riadah petang.
Deskripsi:
Tempat pelajar menjalani latihan amali pemprosesan hasil perikanan seperti filet ikan, produk sejuk beku dan makanan laut kering. Dilengkapi dengan mesin pemprosesan dan peralatan makmal asas.
Kegunaan: Latihan pemprosesan hasil laut, kajian produk inovasi makanan laut.
Deskripsi:
Menempatkan kemudahan untuk latihan penyelenggaraan enjin bot, enjin sangkut, serta sistem mekanikal asas. Lengkap dengan ruang kerja, alatan tangan, dan model enjin sebenar.
Kegunaan: Latihan teknikal enjin marin dan amali pembaikan.
Deskripsi:
Bengkel ini digunakan untuk latihan penyelenggaraan dan pembuatan peralatan perikanan seperti jaring, tali, dan peralatan tangkapan ikan. membantu pelajar memahami aspek teknikal dalam industri perikanan.
Kegunaan: Latihan praktikal pembuatan dan penyelenggaraan peralatan tangkapan.
Deskripsi:
Asrama disediakan untuk menempatkan pelajar sepanjang tempoh pengajian. Setiap blok dilengkapi bilik tidur, bilik air, ruang rehat, dan kemudahan dobi asas.
Kapasiti: 2-4 orang sebilik
Kegunaan: Penginapan pelajar
Deskripsi:
Perpustakaan akademi menyediakan koleksi buku, jurnal dan bahan rujukan berkaitan perikanan dan sains marin. Dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi.