loader image

Portal Rasmi

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

Jabatan Perikanan Malaysia

Soalan Lazim

Maklum Balas

Hubungi Kami

Program Sijil Kemahiran Malaysia

Operasi Perikanan Tangkapan TAHAP 3

  • Program Sijil Kemahiran Malaysia Operasi Perikanan Tangkapan TAHAP 3

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Perikanan Tangkapan Tahap 3 merupakan latihan kemahiran yang ditawarkan di Akademi Perikanan Malaysia (APM) sebagai sebuah Pusat Bertauliah (PB) di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Tujuannya adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang perikanan tangkapan. Program ini dilaksanakan dengan pendekatan bersepadu yang merangkumi 30% pengetahuan teori dan 70% kemahiran praktikal, bagi memastikan pelajar bukan sahaja memahami asas ilmu tetapi juga mahir melaksanakan tugasan di lapangan. Pelajar akan mempelajari kursus teras berkaitan operasi perikanan tangkapan seperti penggunaan pukat, bubu, rawai, penyelenggaraan enjin marin, pelayaran vesel serta kemahiran penyelenggaraan vesel. Selain itu, terdapat juga kursus wajib seperti keusahawanan, sains pertanian, komputer pertanian, serta kursus Co-Abilities. Latihan industri turut diwajibkan bagi memberi pendedahan pengalaman sebenar di lapangan.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

PLO 1:

Menguasai ilmu dalam perikanan tangkapan.

PLO 2:

Mengaplikasi kemahiran teknikal dalam perikanan tangkapan.

PLO 3:

Mengintegrasi ilmu dan kemahiran bagi mengatur, merancang, menggunakan peralatan teknologi serta bahan bagi melakukan pelbagai kerja rutin dan bukan rutin.

PLO 4:

Kebolehan berkomunikasi secara berkesan dalam persekitaran kerja.

PLO 5:

Mengaplikasi asas teknologi digital bagi memproses dan menganalisa data.

PLO 6:

Kebolehan untuk menyelia kerja dan bertanggungjawab ke atas kualiti sesuatu kerja.

PLO 7 :

Kebolehan untuk memajukan diri dan menjadi usahawan.

PLO 8:

Mempamerkan sikap, nilai dan etika kerja dan sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dan masyarakat.

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki sahaja
  • Berumur 17 tahun hingga 30 tahun.
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan aktiviti di lapangan
  • Tempoh latihan bagi program ini adalah selama 2 tahun (80 minggu) dengan jumlah keseluruhan 60 jam kredit.

[post-views]
Dikemaskini pada :

AKADEMI PERIKANAN MALAYSIA

Akademi Perikanan Malaysia
Taman Perikanan Chendering
21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

09 - 6172361

09 - 6172141

IKUTI KAMI

[post-views id = '8430']
Hakcipta Terpelihara © 2026 Akademi Perikanan Malaysia