Soalan Lazim
Soalan Lazim (FAQ)
APM ialah sebuah institusi latihan Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang menyediakan latihan kemahiran dan teknikal dalam bidang perikanan tangkapan dan industri berkaitan.
APM juga merupakan
- Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) di bawah Jabatan Perikanan Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).
- Pusat Bertauliah (PB) di bawah Bahagian Pembangunan Kapasiti Dan Latihan Pertanian (BPKLP), KPKM yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
- Institut Latihan Awam (ILA) yang diiktiraf oleh Jabatan Perikhidmatan Awam
APM ditubuhkan dengan visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pembangunan modal insan perikanan yang terunggul. Objektif utamanya termasuk:
- Melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir yang kompeten dalam sub-sektor perikanan tangkapan, akuakultur, dan industri asas tani.
- Menyediakan latihan berasaskan teknikal dan vokasional (TVET) yang menepati kehendak industri semasa.
- Membentuk sahsiah dan disiplin pelatih yang tinggi serta berdaya saing.
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat nelayan melalui pemindahan teknologi dan ilmu.
Akademi Perikanan Malaysia (APM) adalah institusi latihan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia. Sejarahnya bermula dengan penubuhan Sekolah Perikanan Laut di Gelugur, Pulau Pinang pada tahun 1952, sebelum berpindah dan dinaik taraf menjadi Akademi Perikanan Malaysia (Chendering) yang beroperasi sepenuhnya untuk melatih tenaga kerja mahir dalam sektor perikanan negara.
APM terletak di Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu, iaitu di kawasan strategik berhampiran Laut China Selatan yang sesuai untuk latihan marin dan perikanan.
APM berperanan melahirkan tenaga kerja mahir, berpengetahuan dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan industri perikanan negara.
APM menawarkan program seperti:
- Kursus upskilling dalam bidang perikanan tangkapan, nautika, kejenteraan marin dan pemprosesan hasil perikanan.
- Latihan Jangka Panjang
- Sijil Perikanan
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Ya. Kursus upskilling yang dijalankan di APM diiktiraf oleh Jabatan Perikanan Malaysia manakala Program Sijil Perikanan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan program SKM diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kursus upskilling ialah kursus jangka pendek yang bertujuan meningkatkan kemahiran, kecekapan dan pengetahuan tenaga kerja dalam sektor perikanan dan marin.
Kursus ini ditawarkan kepada:
- Kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia
- Nelayan dan komuniti perikanan
- Usahawan dan pengusaha industri perikanan
APM menawarkan pelbagai kursus di peringkat Sijil dan Kursus Jangka Pendek. Antara program utama termasuk:
Kursus Pengenalan Peralatan Penangkapan Ikan
Kursus Peralatan Penangkapan Ikan Tradisional
Kursus Peralatan Menangkap Ikan Komersial
Kursus Teknologi Pelayaran dan Keselamatan di Laut
Kursus Teknologi Pemprosesan Produk Perikanan
Kursus Asas Penyelenggaraan Enjin Sangkut
Kursus Asas Penyelenggaraan Enjin Marin
* Pelaksanaan kursus upskilling adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa
Tempoh kursus adalah fleksibel, biasanya antara 1 hari hingga seminggu bergantung kepada modul.
Ya. Peserta akan menerima sijil penyertaan selepas tamat kursus.
Tidak. Kursus ini ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Hebahan berkenaan kursus yang ditawarkan boleh didapati di laman sesawang rasmi APM https://apm.dof.gov.my/ serta melalui media sosial APM di alamat https://www.facebook.com/apmchendering/ (facebook), https://www.tiktok.com/@apmchendering (tiktok)aja sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
Permohonan boleh dibuat melalui portal https://www.dtims.intan.my/
Tempoh pengajian bagi Sijil Perikanan dan SKM adalah selama 2 tahun termasuk latihan industri.
Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat umur, kelayakan akademik dan kesihatan yang ditetapkan boleh memohon.
Permohonan boleh dibuat melalui saluran rasmi UP TVET (https://mohon.tvet.gov.my/) atau melalui pautan yang dihebahkan melalui laman web https://apm.dof.gov.my/ serta melalui media sosial APM di alamat https://www.facebook.com/apmchendering/ (facebook), https://www.tiktok.com/@apmchendering (tiktok).
Tagline ini digunakan untuk latihan jangka panjang di semua Pusat Bertauliah (PB) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Pelajar di semua PB ini akan dikecualikan daripada sebarang yuran pengajian, elaun sara diri bulanan, diberi kemudahan asrama dan kemudahan makan minum secara percuma sepanjang tempoh berada di PB.
APM mempunyai infrastruktur latihan yang lengkap seperti dewan kuliah, bilik kuliah, asrama penginapan, dewan makan, pusat sumber, surau, dan kemudahan sukan. Bagi tujuan latihan teknikal, APM dilengkapi dengan kapal latihan, bengkel kejenteraan, bengkel pemprosesan produk perikanan, bengkel peralatan, bilik carta, menara komunikasi serta kolam renang.
Pemakluman pengambilan pelatih/pelajar baharu Program Sijil Perikanan dan Sijil Kemahiran Malaysia akan diiklankan melalui media sosial dan media cetak seperti di laman sesawang Jabatan Perikanan Malaysia (https://www.dof.gov.my) ; laman sesawang APM
(https://apm.dof.gov.my) ; FB rasmi (https://www.facebook.com/apmchendering) ; Iklan pengambilan akan dikeluarkan secara berkala.
Senarai kursus teknikal yang diluluskan kepada APM untuk golongan sasar akan dipaparkan atau dimuatnaik dalam media sosial APM (facebook, tiktok) untuk hebahan. Senarai kursus juga dipaparkan di portal (https://www.dtims.intan.my/) dan permohonan kursus boleh terus dibuat melalui portal tersebut. Golongan sasar juga boleh menghubungi pihak APM dari semasa ke semasa untuk mengetahui kursus-kursus yang dianjurkan oleh APM.
Ya. Semua pelajar akan menjalani latihan industri sebagai sebahagian daripada keperluan program.
Tidak.
Graduan APM boleh menceburi pelbagai bidang seperti:
- Penjawat awam
- Pengusaha sektor akuakultur
- Sektor perikanan tangkapan
- Sektor maritim dan perkapalan
- Usahawan industri perikanan
Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama dalam sesi pembelajaran dan latihan amali, namun istilah teknikal Bahasa Inggeris (terutamanya dalam bidang nautika dan kejuruteraan) turut digunakan secara meluas mengikut piawaian antarabangsa.
Akademi Perikanan Malaysia, Taman Perikanan Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia
Tel : +609-617 2361
Emel : apm@dof.gov.my




